Showing posts with label Air untuk Manusia. Show all posts
Showing posts with label Air untuk Manusia. Show all posts

Monday, 11 April 2016


Kepentingan Air Untuk Manusia

  1. Air sangat penting bagi manusia kerana air dapat mengekalkan kesihatan kita.
  2. Air dapat menghilangkan dehidrasi dan haus.Anda ingat apabila kita berasa penat,kita sudah tentu mencari air. Jika tidak kita akan menjadi tidak senang kerana kepenatan yang teramat.
  3. Air juga dapat menjaga keseimbangan cecair dalam badan kita.Tubuh manusia mempunyai kira-kira 60% air,Untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan,kita perlu minum cukup air.Jika tdak kita akan mengalami penyakit.
  4. Air mampu mengekalkan kalori dan berat badan manusia.Apabila kita hendak makan kita perlu minum air.Selepas minum air itu kita akan berasa sedikit kenyang dan ketika itulah kita akan merasa ingin makan sedikit.Kerana itulah air dapat mengekalkan kalori dan berat badan kita.
  5. Air juga berupaya mengeluarkan racun yang ada dalam kita.Air kencing dan peluh merupakan air yang datang daripada air yang kita minum.Air itu telah membawa keluar racun-racun yang terkandung di dalam tubuh badan kita dan mengurangkan risiko batu karang dan jangkitan saluran kencing.
  6. Apabila kita minum air,kulit kita akan menjadi halus dan cerah. Pengambilan air ini dapat meningkatkan proses pengeluaran racun melalui peluh secara lancar yang akhirnya dapat membuat kulit halus dan cerah.
  7. Ginjal kita juga dapat berfungsi dengan lancar apabila kita minum air. Buah pinggang memproses 200 liter darah setiap hari, menapis keluar limbah dan mengangkut air kencing ke pundi kencing. Walau bagaimanapun, buah pinggang memerlukan cecair yang cukup untuk membersihkan apa yang tidak diperlukan dalam tubuh, air putih adalah kunci atau senjata utamanya.
  8. Dengan air,kita dapat meningkatkan produktiviti ketika kita menjadi lemah.Kerana apabila kita minum air,tenaga kita akan kembali dan kita akan terus fokus sama ada dalam belajar atau membuat kerja.
  9. Air mempunyai kekuatan untuk mencegah penuaan dini.Maksudnya muka kita bebas dengan jerawat,liang-liang pori dan lain-lain.Jadi,tidak hairanlah apabila muka-muka artis tiada benda-benda itu kerana mereka minum air sentiasa.
  10. Bagi orang yang kuat stress dan suka marah juga dapat melegakannya dengan banyak minum air.Kerana air dapat membantu kita dari mood yang jahat sehinggalah ke mood yang baik.
  11. Otak kita dapat ditingkatkan fungsinya apabila badan kita ada air kerana air dapat membantu kita untuk meningkatkan konsentrasi dan kelancaran sistem saraf di otak
  12. Darah kita juga mampu beredar dengan senang kerana air yang ada di dalam badan kita. Penggunaan air akan membantu dalam proses pengangkutan dalam tubuh manusia.
                      

 Kandungan air dalam tubuh manusia 

  •  Kandungan air dalam tubuh manusia lebih banyak daripada zat-zat yang lain di dalam badan kita
  • Kandungan air pada tubuh Manusia:

  1. Bayi                        -75% - 80% yang kemudian seiring dengan pertumbuhan tubuhnya
  2. Dewasa Lelaki        -berkurang hingga mencapai 60% - 65%
  3. Dewasa Perempuan-50% - 60%
  4. Otak Manusia          -85%
  5. Tulang                     -10% - 15%
  6. Jantung                    -75%
  7. Paru-paru                 -86%
  8. Hati                          -83%
  9. Buah Pinggang        -83%
  10. Otot                          -75%
  11. Darah                       -83%
Walaupun tubuh kita sebahagian besar terdiri dari air, tetapi air tidak boleh disimpan di dalam tubuh kita. Sehingga kita harus rutin mengambil air supaya badan kita tidak kekurangan cecair (dehidrasi). Muntah berlebihan atau cirit-birit yang berpanjangan kerana mengeluarkan cecair serta elektrolit dari dalam tubuh. Bila jumlah cecair yang keluar tidak akan diganti, maka akan membahayakan nyawa kita. Terlebih bila muntah dan cirit-birit terjadi pada bayi. Selain muntah dan cirit-birit, luka bakar darjah tiga juga boleh mengakibatkan kematian.

-Tamat-